Gerak Sejati Web Blog

Laman Web Rasmi Seni Silat Melayu Asli Sejati

Bismillahi Rahmani Rahim.Alhamdulillahi Rabbil a`lamin.Hamba memohon kepada-Mu ya Allah agar Engkau melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu sekelian para Rasul dan pemimpin orang-orang bertaqwa yang telah Engkau ciptakan dengan kebesaran -Mu dan Engkau hiasi dengan keelokan -Mu yang Engkau mahkotai dengan kesempurnaan- Mu dan Engkau jadikan orang yang berhak memandang Zat- Mu yang engkau jadikan dia sebagai tempat yang berhak bagi asma`dan sifat -Mu yang Engkau gandingkan namanya dengan nama -Mu serta ketaatan kepadanya dengan ketaatan kepada -Mu iaitu Muhammad bin Abdullah dan kepada keluarganya serta para sahabatnya yang menyeru kepada Allah.Ya Allah,limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. wakil hadrat Zat -Mu yang memastikan dengan asma` dan sifat-Mu yang mengumpulkan antara yang ada dan yang tiada,pemisah antara yang baru dengan yang lama pemimpin orang-oarang yang terbuka dengannya segala yang terkunci menjadi pulih(kembali seperti sediakala)setiap yang pecah dan menjadi merdeka kembali(bagi) setiap ysng dikalahkan.Amin.

Tasawuf merupakan disiplin ilmu yang banyak berbicara persoalan-persoalan batin,kondisi rohani dan hal-hal yang bersifat rahsia.Pengalaman dalam yang menjalankan ajaran sufi yang dibentuk melalui proses penerapan ajaran sufistik bersifat mistis dan hampir selalu mengarah ke dalaman yang sangat peribadi dan sulit di komunikasikan kepada orang lain,sehingga terkadang selamanya menjadi milik pribadi…..

Makrifatullah bergantung pada,dan berhubung dengan,mengenal diri sendiri(ma`rifah an-nafs).Ada pun mengenal Allah itu antaranya ialah berarti mengenal sifat-sifat Allah dalam bentuk keadaan secara terinci,berbagai kejadian, dan musibah.Kemudian tersingkap bahawa Dia sajalah Wujud Hakiki dan Pelaku Mutlaq semesta alam.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

`Wa maa qadarullaha haqqa qadrihi`

Ertinya`Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.`[Al-Haj:74]

Dalam sebuah tafsir dijelaskan bahawa ayat tersebut mempunyai makna,`Maa `arafullaha haqqa ma`rifatihi` Ertinya`Mereka tidak mengenal Allah(makrifat)sebagaimana seharusnya Dia dikenal`.dan lagi firman Allah:

Artinya:`Engkau lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka kenal dari kebenran`

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Maksud hadis :`Sesungguhnya penopang (kekuatan) rumah bergantung pada pondisinya,sedangkan penopang[tiang] agama bergantung makrifatnya kepada Allah Taala,keyakinan,dan akal yang boleh menundukkan(hawa nafsu).Aku(Aisyah) bertanya,`Demi ayah dan ibuku menjadi tebusan Anda,bagaimana akal boleh menundukkan hal itu? Beliau menjawab,`(yaitu)mampu menahan dari perbuatan durhaka kepada Allah dan selalu mendorong untuk berbuat taat kepada Allah Azza wa Jalla.`[HR.Dailami].

Bahawa setiap orang bermakrifat kepada Allah adalah seorang arif dan setiap orang arif adalah alim.Mereka orang orang yang mengenal Allah Azza wa Jalla dengan nama-nama dan sifatnya,kemudian ia membenarkan Allah dengan melaksanakan ajaran-Nya dalam segala perbuatan.Ia berjaya membersihkan dirinya dari akhlak yang rendah dan dosa-dosa.Kemudian berdiri tegak `di pintu` Allah.Dengan hati yang mantap dan istiqamah mereka beriktikaf untuk menjauhi segala bentuk kedurhakaan(dosa-dosa),sehingga memperoleh `sambutan Allah Ta`ala` yang indah.Allah SWT membimbing dalam semua keadaannya maka terputuslah gelora nafsu dari dirinya dan hatinya tidak terdorong lagi untuk melakukan selain ini.Mereka menjadi yang asing di tengah manusia, bebas dari dosa-dosa, bersih  hatinya daripada`dunia`.Batinnya terus menerus bermunajat di hadapan Allah Azza wa jalla dengan cara Sirri.Semua ucapannya adalah benar.Dirinya berkata dengan bimbingan Allah.Di beritahukan kepadanya rahsia rahsia-alam malakut(Rahsia-rahsia Allah tentang kekuasaan-Nya yang berlaku).Itulah yang disebutkan arif sejati yang keadaannya disebut bermakrifat.Maka termasuk tanda-tanda bermakrifatullah itu adalah ia yang memperolehi haibah(karamah dan wibawa)daripada Allah.Jika semakin tinggi makrifatnya,semakin tambah haibahnya.Dan tanda bermakrifat itu ialah orang yang keadaannya yang selalu tenang kerana tetap bersama Allah.

Andainya semakin tinggi tingkat kedekatan seseoramg dengan Allah,maka semakin tampak efek-efek keagungan-Nya.Umumnya,ilmu di perolehi melalui ketidaktahuan[Ertinya ialah bahawa ilmu, baru diperolehi jika seseorang itu menyadari tentang ketidaktahuannya],makrifat tentang kehalusan meningkat,ketakjuban diatas segala ketakjuban bertambah,sang arif  pun berseru:`Ya Allah,tingkatkan ketakjubanku terhadap-Mu.`

Ma`rifatullah adalah masaalah keterpesonaan dan keterpukauan yang penjelasannya tidak mungkin boleh menjadi sempurna,tetapi pengantarnya adalah ilmu.Maka tampa ilmu, makrifat mustahil terjadi,dan ilmu tampa makrifat adalah merupakan suatu bencana.Ilmu dan makrifat mempunyai beberapa bentuk yaitu: Ilmu tentang makrifat(ilm al-ma`rifah).Makrifat tentang ilmu(ma`rifah al-`ilm).Dan ilmu makrifat tentang makrifat(`ilm ma`rifat al-ma`rifah) maka bentuk yang terakhir inilah yang paling sempurna dan tinggi.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

Artinya:`Dan tanah yang baik,tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah,dan tanah yang tidak subur,tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.`[Q.S.Al-A`Raf[7]:58].

Adapun bahawasanya makrifat adalah kesudahan  maqam ihsan.Dan tahap terakhir bagi orang yang arif.Bahawa makrifatullah para arifinbillah ialah menumpukan musyahadah secara tetap didalam keadaan syahu yakni keadaan siuman ruhaniah disertai dengan berlaku adil dan berhikmah,dan ini adalah sesuatu yang agak berbeza daripada takrif makrifat yang difahamkan oleh para ulama syariat yang tidak melihat sesuatu disebalik ilmu aqa`id atau ilmu usuluddin,walaupun pada pokoknya makrifat adalah merangkum semua ilmu termasuk ilmu `aqa`id dari segi ianya ilmu.Akan tetapi al-makrifatu billahi Taala atau mengenal Allah Taala itu berbeza dengan ilmu yang lain kerana ia bersangkut paut dengan peri pentingnya asma` dan sifat Ilahiah,bukan secara analisa,tetapi dengan tiada sebarang pemisahan antara Sifat dan Zat.Ini ilmu yang terpancar daripada matair Al-Jam`u yang terbit dari kesucian yang sempurna dan yang menjadi nyata dengan berkekalan didalam Syuhud atau terus menerus didalam keadaan merasa kehadhiran Allah Taala secara erat lagi mesra.Firman Allah:

Ertinya: Engkau lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka kenal dari kebenaran`.            [Al-Maidah:83]

Jika tahap ini diperoleh maka makrifatnya adalah setinggi-tiggi martabat bagi orang salikin dan kesudahan matlamat bagi para pengembara menuju Allah.Semoga Allah menerangi hati kita dengan cahaya `arfan dan membimbing kita dijalan segala orang arifin yang asfi`a dan al-mufarridun[sebelum kita dimana orang-orang arifinbillah itu telah menang].`Inna lillahi wai`nna ilaihi raaji`un`.`Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya lah kita kembali`[QS:Al-Baqarah:156].

Wallahu`alam.

Wabillahi taufiq wal hidaayah.

Wassalam.

Susun karya

As-Syeikh al-Fakir Ila Rahmatillah-Gelugor Trg[M].

Lapis Ketujuh As-Syeikh Abdul Malik  bin  Abdillah[Tok Ku Pulau manis.Trg]

http:// geraksejati.eramaya.net/

SUATU CATATAN KATA KATA  GURU DI GELANGGANG  LATIHAN 

               [SENI SILAT KUNTAU MONYET]

PERGURUAN SENI SILAT GERAK SEJATI (TRG) MALAYSIA.

Assalamu alaikum selamat sejahtera semua.Dengan membaca artikel ringkas ini saudara saudari yang dihormati mungkin mendapat sedikit faedah daripadanya terutama para pesilat semua-InsaAllah.

Malam itu Guru ada mengatakan mengenai falsafah saikoloji tempur Seni Silat Kuntau Monyet.Kata beliau Falsafah Tempur ini adalah sesuai diguna pakai oleh pesilat Seni Silat Kuntau Monyet saja tetapi mungkin ianya juga berguna menjadi pedoman para pesilat jenis lain juga yang belum ada pemikiran mengenai teknik saikoloji tempur jika terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang tidak terduga.Mempelajari ilmu silat adalah silap[berdosa] kalau berniat mencari gaduh semata atau kerana mahu mengganggu kehidupan orang lain atau bertujuan melakukan kejahatan atau jenayah tetapi ianya  menjadi perkara yang sunat sekiranya berniat untuk mempetahankan diri sanak famili, jiran ,rakan dan sahabat atau sesaorang yang teranianya daripada kejahatan orang yang berniat jahat.Guru berkata lagi:

1.`Sekiranya seseorang pesilat itu tidak biasa dengan latihan yang  keras ia akan berasa waswas dan teragak-agak sewaktu bertempur[pergaduhan sebenar].Sekiranya pendekar-pendekar itu tidak menerima latihan yang secukupanya ia akan kecut perut apabila berhadapan dengan pehak lawannya`.

2.Semua pergaduhan atau pertempuran adalah di dasarkan kepada helah untuk mendapat kemenangan atau menewaskan lawan.Oleh yang demikian itu:

3.Tatkala berupaya,buat -buatlah tidak berdaya.Apabila dalam keadaan gagah dan cergas berlagak bagaikan tidak bermaya.Apabila lawan cuba mendekat buatlah seolah olah anda berada jauh daripadanya.Apabila jauh dengan lawan buat lah seolah-olah jaraknya satu lompatan sahaja.

4.Apabila lawan menumpukan sepenuh perhatian,bersiap sedialah untuk menentangnya,bilamana ia ternyata gagah dan kuat cari akal elakkan dari menentangnya cara berhadap-hadapan.Panaskan hatinya dan kelirukan fikirannya.

5.Seandainya lawan mu itu seorang yang bersifat panas baran,Ia berwatak tidak tegas,gugatkanlah kewibawaannya dengan berlaku lemah lembut terhadapnya.Kau akan menang melalui cara diplomasi sahaja.Jika musuh mu itu seorang yang bingal dan mudah naik angin,sakitkan perasaannya dan buatlah kerenah supaya dia naik berang,supaya ia rasa tidak senang duduk dan keliru dan tanpa apa -apa perancangan yang teliti akan menerpa dan tampa berfikir panjang akan menyerang kamu.Bersikaplah seperti tidak berdaya dan galakkan perasaan angkuhnya dan seranglah dia ketika lalainya itu. Jika ia seorang yang betul-betul kuat letakkan dia dalam situasi tertekan dan lelahkan dia.Serang dia ketika mana ia tidak bersedia.Pukul dengan hebat dan padu mengikut kemampuan kamu yang maksima ketika ia tidak menduga kehebatan pukulan kamu.

6.Ingat apa yang paling penting dalam pergaduhan atau pertempuran ialah kecepatan yang luar biasa,kamu jangan sekali-kali melepaskan peluang keemasan kamu seperti kata pepatah :`Apabila petir berdentum,tiada masa lagi untuk memekup telinga`.Ketika berlawan jangan sekali kali kamu bayangkan kekalahan kamu kerana disana akan berlaku perkiraan jiwa bawah sedar kamu merubah kamu menjadi lemah dan kalah.Bayangkan dan jazamkan bahawa kamu akan menang dengan kekuatan yang dikurniakan  dan barakah daripada Tuhan.

7.Kemenangan adalah matlamat utama di dalam pergaduhan mempertahankan diri.Sekiranya kamu melengah-lengahkan peluang,persia-siakan tenaga,dan semangat mu luntur kemungkinan kamu akan tewas.Naikan semangat waja kamu patahkan kekuatan lawan binasakan alat serangannya[anggota badan].Andaikata kamu tidak setanding denganya,maka buat sementara waktu cuba elakkan saja terhadap serangan-serangan awalnya dalam pada itu carilah kesempatan daripada bahagian yang menjadi kelemahannya.Kemudian bingkaslah dan capaikan kejayaan dengan pukulan pukulan padu dan tepat pada sasarannya bersama semangat yang kental…….InsaAllah berjaya.

Hidung

umbi telinga

dagu

tulang selangka

alat sulit

Falsafah tempur ini hanya pendapat peribadi seorang guru.Tidak semestinya tepat pada fikiran dan pendapat seorang guru lain dan kepada jenis silat yang lain.justeru ianya boleh dipakai dan boleh ditolak sahaja.

Wabillahi taufiq walhidaayah.

Wallahu `alam.

wassalam.

http://geraksejati.eramaya.net/

Catatan:

Untuk hiburan dan penyesuaian pembacaan  lihat  geraksejati vide

dalam video youtube.com. yang bertajuk seni gerakan siamang.

Powered by WordPress Web Design by SRS Solutions © 2010 Gerak Sejati Web Blog Power by EraMaya