PERUTUSAN  2.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA(I`DILFITRI 1430/2009)

Assalamualaikum,Selamat sejahtera kepada para Ahli Pssgspm dan Ahli Inabah Darul Iman serta semua pembaca laman.Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan kita nikmat Ramadhan yang menjanjikan pahala berganda bagi siapa yang beribadat dengan sempurna pada sebulan bulan puasa ini serta menghidupkan malam raya dengan ibadat zikir dan bertakbir kepada Allah,mendirikan sembahyang ,munajat dan lain lain ibadat.Kerana didapati ada riwayat hadis menyatakan`Barangsiapa  yang menghidupkan kedua malam hari raya,nescaya hatinya tidak akan mati pada hari semua hati akan mati`[Dinukil daripada riwayat Shafi`e dan Ibni Majah).Pada hari Raya besoknya pula kita umat Islam akan menunaikan solat  i`dilftri di mesjid atau lapangan terbuka.Selepas itu menziarahi keluarga,sanak saudara dan kenalan rapat.Ada juga yang akan ke kubur menziarah para arwah yang telah meninggal.

Ziarah menziarah hari raya mungkin berlarutan sampai seminggu atau sebulan Syawal.Dalam zaman kita ini penggunaan jalan raya dengan pelbagai jenis kenderaan besar kecil djalan raya tentu amat sibuk sekali  dan sungguh penuh sesak.Malah seminggu sebelum raya jalan jalan raya dan lebuh raya mulai bersesak sesak kerana masing masing pulang ke kampong halaman untuk berhari raya bersama `orang tua` atau keluarga tercinta.

Semasa dalam perjalanan di lebuhraya atau jalan jalan raya inilah perlu berhemah dan berhati hati memandu supaya terhindar dari kemalangan dan terhindar dari perasaan `Sakit Hati` pemandu yang lain.Menyakitkan hati orang terutama saudara sama muslim adalah suatu dosa dan boleh juga menimbulkan perkelahian dan pergaduhan jalanan.Ada pun perkara perkara yang boleh menimbulkan rasa sakit hati akibat tidak mengikut etika memandu di jalan raya perkara perkaranya adalah seperti berikut:

1.Tabiat mengekori kenderaan hadapan pada jarak dekat serta saperti mendesak kenderaan di hadapan supaya memberi laluan.

2.Tidak menggunakan lampu isyarat`lampu signal` ketika seharusnya berbuat demikian dalam keadaan tertentu ketika memandu.

3.Bagi yang bermotosikal pula memandu bengkang bengkok di celah celah antara kenderaan lain dengan amat laju malah ada yang menunjuk lagak samseng jalanan dan gaya `Rempit`[Mat Rempit].

4.Memandu perlahan dilorong kanan jalan.Menyusahkan kenderaan lain untuk memotong laju kehadapan.

5.Tidak mematuhi lampu isyarat jalan.

6.Memandu laju melebihi had atau memandu tampa rasa toleransi [ bersikap lapang dada ]dan simpati terhadap orang lain.

7.Memandu di laluan kecemasan.

8.Membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan yang mengundang bahaya kebenterokkan  dengan kenderaan lain.

9.Melintas jalan raya sesuka hati atau tidak menghormati arahan polis trafik.

10.meletakkan kenderaan sesuka hati di tempat atau jalan yang sesak kenderaan.

11.Menggunakan talipon bimbit ketika memandu.

12. Lain lain kecuaian yang boleh membahayakan diri dan orang lain.

Akhir sekali KEPADA SEMUA saya bagi pehak perguruan ini ucapakan selamat menyambut hari raya  I`dilfitri 1430 semoga penuh takzim dan takwa terhadap Allah SWT yang mengurniakan kita hidup sejahtera dalam negara yang makmur ini dan rezeki yang baik baik  zohir dan batin dan selamat menghubungkan silatur-Rahim  sesama kita kerana Allah serta berhati hati serta waspada dalam berhibur andainya jangan lah kita melakukan perkara yang haram disisi agama Islam yang maha suci pada hari hari suci dan mulia ini.

Hari`Rumah Mesra Terbuka Hari Raya` perguruan ini ialah pada hari kedua raya kedua mulai jam 10 pagi hingga jam 5 petang.Dipersilakan ahli ahli dan sahabat  handai dan kenalan datang .Harap maklum.

Wassalam.