Bismillaahir Rahmaani Rahim

Ya Ilahi Ya Rabbi

Maha suci  Engkau ya Allah yang memiliki kesabaran yang sempurna

Rahmat Mu yang luas , kelembutan Mu Yang Agong, Maha Penerima Taubat.

Tika hati ini tidak tenteram dan fikiranku jadi kacau bilau

maka aku jadikan Diri-Mu sebagai penyelamat diri ku

Oh Tuhan

 dosa-dosa ku sangat banyak, namun jika aku mengingatkan ampunan-Mu

maka aku dapati ampunan-mu lebih besar dari dosa-dosaku.

Perlukah diriku ini menyebutkan keperluan ku

atau hanya pujian terhadap-Mu cukup untuk memenuhi hajatku

kerana jika aku memanjatkan puji- pujian terhadap mu

tentulah mengikut sepertimana sabda Yang Mulia Rasul-Mu :

`Sesiapa yang memuji kepada-Mu maka dia menyimpan permintaan terhadap-Mu.`

sudah cukuplah kalimah Laailaaha illallah sahaja kujadikan sebagai doa.

Sesungguhnya Kalimat Laailaaha illallah 

 sebaik -baik perkataan,seindah-indah ungkapan,seutama-utama ucapan

Ia bersumber dari AllahSWT yang di turunkan

kepada seluruh manusia melalui semua Rasul pilihan

  dan ialah intipati dari semua Kitabullah.

Dengan kalimat inilah kewujudan syurga dan neraka

dan jambatan siraatal-mustaqim dibentangkan

lembaran catatan perbuatan manusia didedahkan

dengan timbangan neraca keadilan diletakkan

bendera-bendera jihad dijalan Allah dinaikkan

para pahlawan nya rela mati berguguran

roh-roh para syuhada berterbangan mengecapi  nikmat kurnia Tuhan

sebabnya lah para mujahid dan orang-orang sanggup bermatian di medan perang.

Walau pun dengan timbangan bumi dan langit diletakkan bersamaan

namun kalimat Laa Illaha Illallaah tidak akan terkalahkan

sekiranya kalimat ini masuk kedalam besi maka besi akan hancur dan mencair

jika diletakkan di gunung-ganang ,gunung-gunang akan bergegar-gegaran.

Ia  adalah kalimat terbaik untuk diucapkan oleh orang yang masih hidup

kalimat yang paling baik untuk dibawa oleh orang-orang yang sedang sekeratulmaut.

Sesiapa yang dengan makrifat  mengucapkan kalimat Laailaaha illallaah maka dia selamat

dengan kalimat ini seluruh jiwa raga akan menjadi damai tenteram

dengan menyebut-nyebut  kalimatnya mendapat rahmat Tuhan semesta alam.

Dengan kalimat Laailaaha Illallah jua memancar episod kisah -kisah kehidupan

Ia memiliki kewibawaan di dalam hati dan keagongan di dalam jiwa kemanusiaan

pintu alam ghaib akan terbuka apabila dengan ikhlas diucapkan

segala dosa manusia akan diampunkan apabila kalimat ini dilaungkan

benteng-benteng musuh  akan tembus apabila  kalimat ini didengungkan

pedang -pedang orang yang sesat akan patah apabila kalimat ini dideraskan.

Kalimat agong dan mulia ini akan menjaga dan melindungi orang yang mengucapkan

dan menolong barangsiapa menolongnya pula dengan penuh keikhlasan

Ia tali penghubung yang kukuh,ungkapan yang  amat baik di persada Rahman

pengubat hati,penyatu umat,pemula dan pengakhir doa, penawar rindu ketuhanan.

Dengan kalimat Laailaaha illalaah setiap permasalahan akan dimulai dan diakhiri

dengan kalimat ini para pahlawan Islam menuju medan perang al- Badari

 lalu menempa kejayaan perang gilang gemilang para pahlawan Islam pertama kali

di bawah naungan Laailaaha illalaah darah-darah para syuhada tumpah di medan perang Uhud

dengan kalimah ini lah sayyidina Yahya di sembelih dan Sayyidina Zakaria di bunuh

api Namrud dinyalakan kepada Sayyidina Ibrahim khalilullah dan Musa a.s.diusir dari mesir

 Sayyidina Isa a.s. terselamat dari disalib di kayu palang  dengan Kebijakan dan Maha Kuasa Tuhan

dan Ia akan datang membawa  kalimah Lailaahaillallah jua bagi mengithbatkan keesaan Tuhan.

Dengan kalimah inilah `Singa Allah`Sayyidina Hamzah terbunuh syahid di medan perang

kedua dua tangan pahlawan  Ja`afar terpotong ketika maju memegang bendera islam ditangan

kepala pahlawan Mus`ab terpenggal dalam tempur ghairah menegakkan kalimah Allah

Maka lalu berfiraman Allah SWT:

`Fa aata humullahu thawaabad-dunia wahusna thawaabil-aakhirah`

Ertinya:Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia

dan pahala yang baik di akhirat. (Ali`Imraan:148).

Ketika Abu Bakar membenarkan kalimat Laailaaha illalaah beliau dianugrahkan`Kebenaran`

darjat `al-Siddiq `yakni orang yang paling benar, saperti firman Allah:

`Wallazi jaa`a bis-Sidqi wasaddaqabihi ulaa `ikahumul muttaquun.`

Ertinya :`Dan orang yang membawa kebenaran[Muhammad saw]dan membenarkannya,

mereka itulah orang-orang yang bertaqwa` [az-Zumar:33].

Sungguh celaka nasib SiFir`un yang tidak  mahu memahami kebenaran kalimat

kalimat LAAILAAHAILLALLAH dan disangkanya dunia tidak akan kiamat

maka hidungnya disumbat dengan tanah liat.

Abu Jahal yang bongkak tidak mahu melafaz kalimat indah ini mayatnya dimasukan dalam perigi buta

Si Qarun yang angkuh mengigkari kalimat agong ini ditenggelamkan pula ke dalam perut bumi menyala

Musailamah al-Kazzab tidak mahu mengimami kalimat ini maka ia dicop sebagai pendusta

sehingga rakan rakannya pun terpalit dengan gelaran pendusta dan mati dengan terhina.

seperti firman Allah  yang kita baca:

`Nabtahil fanaj `al-la`natallaahi alaal-kaazibiina`

Ertinya:`Dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta`(Ali `Imraan:61).

Maka benarlah bahawa kalimat Lailaaha illalaah merupakan kalimah awal dan akhir

ialah asas kepada seluruh masalah dan penyelesaiannya

Apabila  Sayyidina Umar al-Khattab mendegar latunan kalimat ini yang ditakuti Syaitan

 hatinya bergoncang,keyakinannya bertambah dan suaranya dapat mendiamkan para pembangkang

dengam kalimat ini Sayyidina  Usman  bin al-Affan menafkahkan hartanya demi menegakkan agama Islam

dengan kalimat inilah sayyidina Ali menggunakan istillah kesufian

`Menyintai Allah dan Rasul-Nya dan dia pun dicintai Allah dan Rasul-Nya`.

Dengan kalimat  Laailaaha illallaah Hamzah dimandikan di antara langit dan bumi

kerana kalimat Laailaaha illallah juga Anas bin al-Nadr berkata dan bersyuhud

`Saya tercium bauan syurga dari arah gunung Uhud`

dan Sayyina Ja`afar bin Abi Thalib bersyair`Wahai Syurga yang dirindui`.

Sungguh hebat pengaruh kalimah Laailaahaillallaah  ini

Ia juga berfungsi menafikan dan menetapkan Tuhan Ilaahi

yaitu menafikan sekutu bagi Allah samua makhluk samada manusia,kayu salib atau patung berhala

dan  maksud menetapkan ialah menetapkan Ketuhanan kepada Allah ialah Yang Maha Mencipta

dan Ia lah Yang Maha Hidup lagi Maha Berkuasa

Kalimat tersebut juga menetapkan bahawa ibadah serta keagongan

kesumpurnaan dan keindahan dan nama nama yang baik adalah milik-Nya belaka.

Demi kalimat Mulia dan Agong ini Malaikat Jibrail turun ke bumi dengan perintah Allah

Nabi Musa a.s.membawa kalimat tersebut kepada Fir`un hingga Fir`un kalah

Nabi Muhammad menjelaskan dan memperdengarkannya dari atas bukut Shafa yang merendah

dengan kalimah inilah para Nabi dan para Rasul berdakwah

dengan kalimat ini juga lah para wali Allah, solihin,mukminin ,muslimin menentang musuh Allah.

Wahai teman ,wahai sahabat ,wahai semua hamba hamba Allah

marilah selalu kita mengucapkan kalimat Laailaaha illalaah

ucapkan ia diwaktu pagi semoga hari mu  akan terus menjadi cerah

semua urusan mu menjadi mudah

rezeki mu bertambah.

Ucapakan kalimah Laailaaha illallaah waktu petang

agar jiwamu menjadi tenang tenteram diwaktu malam

Allah peliharakan dari malapetaka  sebarang kejahatan

yang datang merayap atau terbang dalam kegelapan malam.

Ucapkan lah selalu kalimat agong dan mulia itu dalam semua situasi dan keadaan.

Ucapakan ketika dikau memandang langit terbentang luas tidak bertiang

ucapkanlah ketika memandang bumi terhampar dengan segala keindahan

ucapakanlah ketika engkau melihat gunung-ganang bukit bukau tinggi menjulang berderetan

ucapkanlah ketika engkau melihat lautan biru terbentang ombak bergulung berdeburan

ucapkanlah kalimat sakti ini walaupun masa dan zaman terus berganti

tika penguasa menindas kehidupan rakyat dan rakan mu menjauh diri

agar engkau tetap merasa aman dan tenteram.

Ucapakanlah kalimat ini ketika diri mu dalam kegelapan

walaupun dalam menderita atau kesakitan yang memanjang

agar engkau kan merasa  kedamaian dan kebahagiaan

Ucapkanlah kalimah suci ini seikhlas hati ketika engkau dalam kesempitan

ketika pelbagai masaalah menghadang

ketika urusan dalam  sangat kesukaran

mudah -mudahan dengan berkat kalimah thoyyibah

semua masaalah dan kepayahan dapat diatasi dan lepas bebas

dengannya engkau mendapat cahaya pertunjuk dan kemenangan

hidupmu  akan bahagia dan jiwa mu akan tenang

Ucapakan lah kalimat perjuangan suci ini walaupun engkau diseksa dimuka bumi

atau ketika disebat oleh para penguasa atau orang yang memusuhi

atau ketika anda terkurung dalam penjara

mudah-mudahan anda merasa bebas secara kejiwaan

dan anda akan mengerti apakah makna kemanusiaan

serta apakah rahsianya kehidupan.

Allah SWT barfiraman:

Afaman syarahallaahu shadrahu lilislami fahuwa `ala nuurin minr-rabbihi fawailun lilqaasiyati quluubuhum min zikrillahi ulaa ika fii dhalaalinm-mubiin.`[Sila lihat Jawi-Al-Quran]

Ertinya:`Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk(menerima)agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya(sama dengan orang yang membatu hatinya?)Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.[az-Zumar:22].

Ucapkan lah terus kalimat Laailaaha illallaah ketika anda dalam kelaparan

ketika anda dalam keputusasaan,kemiskinan dan kekurangan

ketika anda menangis kerana musibah

ketika tidak lina tidur kerana duka lara dan derita jiwa

semoga  Allah menggantikan segala kesusahan dengan kemudahan

segala ketakutan berganti dengan keamanan,ketenangan dan kedamaian.

seperti silih bergantinya siang dan malam

begitu juga datang masa aman dan hura hara perang

semua tertakluk dibawah takdir Tuhan.

Sesungguhnya dengan berkat kalimat Laailaaha illallah

bumi perputar matahari beredar bulan mengambang

 panas  dan hujan angin berhembus bumi menumbuhkan dan pokok berbuahan

Perhatikanlah keindahan bumi setelah di sirami air hujan

perhatikan cahaya mentari petang ketika ia memasuki gerbang malam

pehatikan kaki langit ketika lautan tenang

telitikanlah biji-bijian,dedaunan,cahaya bulan ketika terang

atau perhatikan ketika kegelapan dan heningnya malam dan sunyinya kuburan

atau ketika negara menyambut kemerdekaan daripada penjajahan

atau ketika manusia bebas dari perhambaan lalu bersukariaan

atau ketika matahari atau bulan kegerhanaan

semua nya dengan cipataan dan takdir Tuhan bergiliran dalam kehidupan

Kehebatan keagongan kalimat Laailaahaillallaah membuatkan rasa keterpesonaan

apabila kau dengar laungan nya dalam azan di pelantaran  teratas masjidil Haram

kau degarlah dikala solat malam memecah kesunyian dan juga  tika siang  panggilan sembahyang

Inilah kalimat mulia nan agong jika dibawa  tawaf mengelilingi kaabah engkau pasti dipermudahkan

jika engkau membawanya bertafakkur wukuf di Arafah engkau adalah gulongan ahliLlah

jika kau bawanya semasa dalam melontar jamrah nescaya jiwa mu akan  disucikan Allah

jika engkau membawanya tika bersaie antara Safar dan Maruah engkau  akan mencapai rahmat Allah

 jika engkau membawanya ketika berkorban dan bercukur engkau telah mencapai  redha Allah.

Maka mari lah kita ucapkan  Laa ilaaha illallaah

dalam segala situasi dan dalam segala apa juga keadaan

sama ada pada lisan kita atau pun di batin kita yang terdalam

atau melalui keluar masuknya nafas kita selagi hayat dikandung badan

mudah mudahan kita  termasuk dalam gulongan yang di maksudkan Tuhan:

`Falanuhyiyannahu hayaatan thayyibatan walanajziyannahum ajrahum biahsani ma kaanu ya`maluuna.`[Siala lihat jawinya al-Quran]

Ertinya:`Maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.`(an-Nahl:97).

Sebab itu Allah swt berfirman:

`Fa`lam annahu Laa ilaaha illallaah.

Ertinya:`Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah(Qs.Muhammad:19).

Dan dalam sebuah hadits Rasulullah saw bersabda:

Ertinya:`Sebaik baik perkataan yang diucapkan oleh aku dan para Nabi sebelum aku pada hari Arafah adalah: Laailaaha illallaah,wahdahu lasyarikalah,lahulmulku,walahulhamdu,wahuwa`alaakulli syaiin qadir`.[Tiada tuahan melainkan Allah,Dia Esa dan tida sekutu bagi-Nya,Dia memiliki Kerajaan dan segala puji adalah untuk-Nya, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu].(Al-Tirmizi).

Telah sahlah hadits dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda:

Ertinya:`Sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah maka Allah akan mengharamkan neraka keatasnya.`[Sahih Muslim]

Nabi Nuh a.s. telah meninggalkan wasiat kepada anak-anak baginda:

`Hendaklah kalian mengimani dengan iman yang kukuh akan kalimat Laailaaha Illallaah.Demi zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya,apabila kalimat Laailaaha illallaah berada dalam lingkaran besi yang besar maka kalimat Laailaaha illallaah akan membelah linkaran besi tersebut.`[al-Bukhari]

Dan Rasulullah s.a.w.Bersabda:

Ertinya:`Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa saya adalah pesuruh Allah.Kalimat tersebut apabila diucapakan oleh seorang hamba tampa keraguan[dengan iman dan yakin] maka dia tidak akan berjumpa dengan Allah melainkan dia akan masuk ke dalam syurga`.[Shahih Muslim].

Wabillaahi taufiq walhidaayah.Wallahu a`lam.

Al-Fakir Ila Rahmatillah.

Pifki

Sempana menghormati kepulangan para jemaah haji 1430 H/2009 M.semoga semua mendapat hj.mabrur.