Pengenalan Bio-Magnetik Rompi

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin. Wassolatuwassalam ‘ala sayyidul ambiyaai wal mursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Segala puji dan syukur adalah kembali ke hadhrat Allah SWT. Tuhan yang selalu melimpahkan rahmat dan kurnianya kepada hamba-hambaNya sekalian. Selawat dan salam berpanjangan kepada ketua sekalian rasul-rasul dan nabi-nabi dan ke atas para sahabatnya yang mulia seluruhnya.

Adapun penggunaan wafaq dan azimat bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia warisan Islam. Ianya merupakan kaedah dan cara ikhtiar kerohanian warisan para alim ulama zaman berzaman sebagai alat mencapai apa yang dicita dan mengatasi pelbagai masalah dengan izin Tuhan Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Para ulama ahli kerohanian dan kebatinan terutama ahli al-hikmah memainkan peranan penting di dalam perkembangan ilmu hikmat ini. Asalnya ialah untuk menzahirkan kekuasaan Ilahi dalam menegakkan kebenaran kalimat-kalimat Allah SWT samada dalam dakwah Islamiah, jihad fi sabilillah, mempertahankan agama dan tanah air atau untuk menolong sesama insan yang inginkan pertolongan dengan izin Allah SWT.

Sarjana Islam yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu hikmat, wafaq dan azimat, antaranya yang masyhur ialah:

1. Imam Ibnu Abbas Al-Buni.
2. As-Syeikh Ahmad Ad-Dairabi.
3. Abi Makhyaril Balkhi.
4. Abu Bakar Al-Kawazini.
5. Khalaf Bin Yusof Ad-Dasmani.
6. Salim Bin Thabit Al-Baghdadi.
7. As-Syeikh Salleh Bin Abdullah Hussein.
8. As-Syeikh Muhammad Bin Yusof.
9. As-Syeikh Sanusi.
10. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali.

Maka dengan berkat ilmu yang telah diperturunkan dan dipusakai dari ulama silam itu telah menjadi pedoman oleh generasi kemudiannya bagi memanfaatkan ilmu hikmah penulisan wafaq, azimat ataupun Hikmatul Ilahiyyah ini kepada penciptaan “Baju Hikmat Rompi” yang ada pada kita generasi hari ini.

Sesungguhnya ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW selain berisi petunjuk jalan yang lurus bagi orang mukmin. Ia juga berisi hikmat dan rahmat serta menjadi ubat atau senjata ampuh dalam menangani pelbagai perkara dalam kehidupan kita. Inilah mukjizat agong Al-Quranul Karim. Maka secara langsung ia membuktikan pula kebenaran Allah SWT dan Rasulullah SAW.

ROMPI: Maksud perkataan rompi itu ialah dari perkataan RAMPAIAN. Maksud rampai atau rompi dalam pengertian ilmu ini ialah `Rampaian Wafaq dan Azimat Yang Berantaian. Rompi dalam bahasa arabnya ialah perkataan DAR`UN (???) iaitu dipetik dari kata `Darr`a tadriian` yang bermakna MEMAKAI BAJU RANTAI DI DALAM PEPERANGAN. Istilah ini jika dimaksudkan kepada baju rompi (atau lain-lain benda pakaian yang sejenisnya) disebut baju AZIM TUDDAR`UN ertinya ialah baju azimat wafaq berantaian dipakai dalam peperangan atau dalam menghadapi sebarang kecemasan dinamakan baju rompi atau pakaian hikmat rompi.

Pihak PSSGSM juga ada menjual barangan rompi ini yang telah dihidupkan medan tenaganya dan juga barangan-barangan rompi lain tersebut seperti berikut:

1. Baju Rompi bersama ikat kepalanya RM230.00 (bekalan terhad)

2. Bengkong/ikat pinggang  rompi lipat tujuh RM130.00

3. Ikat pinggang Romp (kecil) Lipat Tujuh  RM70.00

4. Selendang Rompi (wafaq penuh) RM15o.00 (bekalan terhad)

5. Sapu tangan Rompi RM70.00

6. Kulit kijang merah/putih rompi RM70.00

Setakat ini kursus tenaga dalam Biomegnetik Rompi yang disediakan[Tenaga dalam Insani kurnia Ilahi dan hikmat tenaga wafaq Rompi] di berikan dalam dua peringkat peringkat 1 dan 2.Ilmu Tulin kerohanian-kebatinan Islam .Tiada kena mengena dengan unsur tenaga dalam yang pelupornya bukan muslim [asing  dari kerohanian islam]yang tidak  dapat dipastikan suci punca `tenaga akarnya`.Setelah berilmu dan beramal dan dengan menggunakan pelbagai alat rompi pada sesuatu hajat atau pertahanan diri maka berserahlah[bertawakkallah] kepada Allah yang menjadi punca segala kekuatan dan kekuasaan.Tiada sesuatu yang boleh memberi bekas melainkan Allah semata-mata bukan ilmu dan amalan dan bukan wafaq rompi yang memberi bekas itu semua hanyalah jalan-jalan akhtiari kita manusia sahaja  .Itulah prinsip ilmu ini.Wallahua`lam.

Jika tuan/Puan berhajat kepada kursus ilmu Rompi beberapa keuntungan dari segi harga akan di berikan:

1.Satu Risalah peramalan biomegnetik rompi

2.Barang-barang rompi  senarai 1 , 2 , 4, 5 yang tersebut diatas yang mana jika dibeli  berasingan empat barangan rompi itu ialah berjumlah harga RM 580.00 tetapi jika mengambil peramalan ilmunya bersekali dengan empat barangan itu buat masa ini hanya berjumlah RM 500.00 sahaja dan peramalan ilmunya hanya bonus dari guru semata semata[Tidak di kena bayaran].Tetapi jika tuan puan mahu menerima peramalan tingkat dua sekali gus dengan tingkat 1 di minta bayar mahar nya RM 100.00 lagi menjadi jumlahnya RM 600.00. Tetapi sebaik-baiknya beramallah tingkat pertama dulu hingga mahir barulah di tambah tingkat dua jika mahu dan bayar mahar RM 100.00 sahaja.Ilmu tidak di jual beli tetapi sesuatu barangan boleh di jual beli dan penat lelah guru,belanja kembara guru menuntut ilmu dan juga pengorbanan masa guru untuk murid  menitis ilmu juga mencipta risalah ilmu dll.boleh di kenakan maharnya oleh guru sekadar yang patut.Ilmu Biomegnetik rompi sesuai di guna kedua duanya sekali iaitu peramalan ilmu dengan bersama barangannya walaupun boleh seseorang beramal ilmu saja tampa barangan rompi atau menggunakan barangan rompi saja tampa peramalan ilmunya.Wallahu`alam.

 

Jika anda berhajat membelinya atau menerima peramalan biomegnetik rompi sekali gus dengan barangannya sila buat pembayaran sepertimana cara pembayaran Bank-in dan alamatkan surat memohon pembelian serta resit Bank-in anda  sebagai bukti kepada persatuan  PSSGSM seperti mana alamatnya yang tertulis di bawah urusan bertajuk: Tenaga Dalam Mayasari Sejati di laman web ini (Sila lihat sebagai rujukan). Seeloknya tuan/puan SMS dulu untuk bertanya sama ada bekalan masih ada atau sudah habis sebelum membuat pembayaran Bank-In kepada pihak kami. Terima kasih.

Note:Oleh kerana bertujuan untuk memelihara ilmu dan daripada berlaku penyalahangunaan sumber oleh pehak pehak tertentu artikel bertajuk `Tenaga Dalam Mayasari` telah dipadamkan dari disiarkan dalam blog ini.Sebarang pertanyaan mengenai halaman ini boleh lah hubungi ustaz di talian:0142905199.Terima kasih.

SEBAHAGIAN SUMBER: Artikel kursus Bio-magnetik Rompi,PSSGSPMM.