Perubatan Rabbani Dan Herba Tradisional

Rawatan Rabbani dan Herba Alam ialah suatu gabungan perawatan penyakit penyakit fizik dan ghaibiah yang paling berkesan dan kaedah ini hanya ada kepakarannya kepada perawat perawat tradisional yang mahir mengenali punca penyakit dan bagaimana mengobatinya.Wallahu`alam.

Assalamualaikum wrt.

Segala puji pujian hanya terhadap Allah Tuhan sekelian alam.Solawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw.Rasul Pilihan  yang mempunyai teramat banyak mukjizat kesembuhan dan kepada sekelian ahli keluarganya ahlul bait dan seluruh sahabat sahabatnya yang menjadi bintang pertunjuk sepanjang zaman.Amin.

Firman Allah SWT dalam  kitab Al-Quran surah Al-Isra` ayat 82:

Ertinya`Dan kami(Allah) turunkan sebahagian dari Al-Quran itu adalah untuk menjadi penyembuh dan menjadi rahmat bagi mereka yang beriman`.

Rasulullah saw pula ada bersabda:

`Likulli daain dawaaun` ertinya:`Bagi setiap penyakit ada ubatnya`.(Al-Hadis)

Berdasarkan dua petikan diatas rawatan Rabbani dan Rawatan Herba ada lah menjadi dasar yang kukuh dalam kemujraban pengobatan yang diperkatakan dalam artikel pendek ini dan juga kaedah ini lah yang dipergunakan oleh kelinik penawar asyifa perguruan ini atau pusat rawatan di Inabah ini yang jika dengan izin Allah SWT tiap tiap penyakit yang dideritai dapat disembuhkan.

Sebab sebab sesuatu penyakit itu ada kaitannya dengan alam fizik ,alam jasmani atau alam ghaib,mentali dan ruhani(disebabkan oleh perkara yang tidak nampak).Rawatan Rabbani dan Rawatan Herba adalah kaedah perawatan yang menepati kaedah Islam dan boleh diterima oleh seluruh umat manusia sejagat(universal-global).

Sumber ilmu Rawatan Rabbani bertunjangkan kitab kitab dan fatwa fatwa ulama islam saperti Imam as Sayuti,Ibnul Qayyim,Ibnu Taimiah,Imam Al-Ghazali dan ramai lagi amatlah menolong.Ilmu Rawatan Rabbani banyak kaedahnya saperti merajah atau menangkal (menawar) kaedah Ruqyah dengan kalamullah ada asma asma Allah menggunakan doa dan hizib hizib selain daripada itu dilapiskan pula dengan penggunaan herba yang berkhasiat mengikut sunatullah yang sesuai penyakit penyakit yang dideritai pesakit.

Maksud Rawatan Rabbani.

Menurut  kata Ibnut tin,menangkal atau merajah pesakit boleh menawar dengan muawwidzat dan lain lainnya daripada nama nama Allah SWT itu adalah Thibb Ruhani,yang apabila diucapakan oleh insan Al-Abrar (Alimbillah dan soleh),maka hasillah kesembuhan dengan izin Allah`.

Menurut pendapat Ar-Rabie katanya`Aku telah bertanya Asy-Syafiie tentang hal Ruqyah,jawab beliau`Boleh di ruqyahkan dengan kalamullah(membaca ayat ayat Al-Quran tertentu) dan dengan zikir zikir nabi`.

Menurut kata Al-Qurtubi:`Diperbolehkan Ruqyah dengan kalamullah dan nama namanya apabila dengan doa yang di terima dari nabi saw sendiri tentu lebih disukai dan memang itu dibolehkan`.

Mengikut pendapat Ibnu Baththal:`Dalam Al-muawwidzat ada SIR (rahsia) yang tidak didapati pada yang lain,ia melenkapi jawamiud Doa.Kerana itu Nabi saw.mencukupkan doa dengannya`.

Kata Ibnul Qayyim:`Apabila telah tetap,bahawa sebahagian perkataan mempunyai beberapa khasiat dan manfaat,maka surah Al-Fatihah itu adalah surat yang tak ada bandingannya`.

Banyak lagi dalil daripada alim ulama selain daripada Rasulullah saw sendiri yang menyatakan kaedah rawatan Rabbani ini boleh diharapakan kesembuhan terhadap penyakit penyakit dengan seizin Allah SWT dengan mengharapkan kesembuhan daripada Nya kerana mengharapkan kesembuhan lain daripada Allah SWT itu adalah Syirik.

Maksud Herba Alam Tradisional:

Maksud herba ialah tanaman herba penyembuh dan juga pelbagai rempah ratus penyembuh serta penyihat.Maksud  `Alam` dalam konteks ini ialah penggunaan unsur unsur alam dalam perobatan tradisi saperti Udara-angin(oksijan)Tanah.Api dan Air penggunaan unsur unsur alam kurniaan Tuhan ini dengan kaedah yang betul dan dari punca yang betul adalah menjadi bahan amat penting dalam penyembuhan penyakit kerana Tuhan menciptakan semua ini adalah sebagai rahmat kasih sayangnya kepada kita hamba hamba-Nya.

Teradisi dan Keagongan Ilahi.

Allah Swt terus terusan berkarya cipata dialam ini maka diizinkan kita menggunakan karya cipta Nya ini untuk kebaikan kita.Oleh itu perkara benda benda alam ciptaan Nya sudah menjadi TRADISI sebagai alat penyembuh semulajadi.Udara bersih,sinar matahari(api)yang cerah,bumi,bunga-bunga serta pokok pokok kayu(herba),kebun bunga,buah buahan,sayur sayuran dan kegiatan kita hamba Nya di alam terbuka adalah menjadi sumber kepada kesihatan,merangsangkan kesegaran dan memberi daya hidup kepada manusia dengan kuasa Ilahi.

Sesungguhnya Tuhan menginginkan hamba hambanya mendapat kegembiraan daripada karya tangan cipta Nya.Oleh itu semakin dekat rencana KEHIDUPAN NYA kita ikuti maka akan semakin ajaib DIA akan berkerja(memberi kesan kesembuhan)untuk memulihkan manusia ciptaannya yang menderita.Oleh itu orang yang sakit akan dibawa oleh perawat alimbillah kedalam hubungan yang dekat dengan alam ciptaan Tuhan.

Seorang perawat alimbillah harus memiliki pengentahuan tentang tanaman herba sebagai alat penyembuh ajaib dengan izin penciptanya dari alam dan bagaimana menggunakannya.Ia juga perlu memahami perinsip perinsip perawatan orang sakit dan memiliki pengentahuan peraktik sebagai suatu tanggungjawab pengobatan yang benar.

Tuhan telah menciptakan tanah dan menumbuhkan dari tanah,tanaman untuk digunakan manusia.Jika seorang itu mengerti tentang khasiat tanaman tanaman itu dan menggunakannya secara tepat maka sebuah pusat rawatan tradionalnya sudah cukup untuk menyembuhkan yang tidak perlu lagi mencari berbilang doktor modern,kelinik dan hospital yang terkadang memang tidak dapat menyembuhkan setengah setengah penyakit.Maka berserta dengan berdoa kepada Tuhan Maha Pengasih dan menggunakan bahan bahan alam karya cipta Nya sesuatu penyakit yang diderita manusia Insaallah akan sembuh..

Tuhan telah menyediakan tanaman herba(obat) dan bahan bahan serta unsur alam yang lain lain lagi bagi ubat untuk penyakit penyakit tertentu dan semua ini dapat digunakan dengan suatu keyakinan terhadap kuasa Tuhan.Kerana dengan menggunakan berkat berkat yang disediakan Tuhan bagi kepentingan kita manusia BERERTI KITA TELAH BERKERJASAMA DENGAN NYA. kita bermohon kepada tuhan untuk memberkati ubat-ubatan ciptaanNya.Maka Iman yang tulin selalu berterima kasih kepada Tuhan atas pengentahuan mengenai penggunaan kurnia yang amat berharga ini dalam ikhtiar memulihkan kesihatan tubuh badan mental dan jiwa manusia yang memerlukan pertolongan.Wallahu a`lam.

Wassalam

Alfakir Ilallah.

Pusat  Rawatan Rabbani Dan Herba  Tradisional Islam As-Syifa

PIFKI(Pusat Inabah Fikrah dan Kerohanian Islam)

Gelugor.Kuala Terengganu.

Hubungi  Ustaz di talian untuk  ikhtiar rawatan penyakit dan selesaian masalah:014905199

SMS atau Call dahulu sebelum datang  kepusat rawatan untuk kelicinan urusan.