Bismillahi Rahmani Rahim.Alhamdulillahi rabbil A`lamin.Wasalatuwassalam ala Rasulihil Karim sayyidina Muhammadin wa a`laa aalihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua dari master http://geraksejati.eramaya.net/
Hari ini 02 Febuary 2010 genap setahun blog geraksejati mendedahkan diri.Pada saat membuka website pagi ini penulis dapati petikkan pelawat yang masuk melayari blog kerdil ini sebanyak 93757 kali [ orang ]sudah hampir bilangan nya ke seratus ribu petikkan.Jadi setakat ini tidaklah mengecewakan.Alhamdulillah ada sambutan yang memberansangkan untuk terus berkhidmat dan berkarya demi agama bangsa dan negara tercinta.
AWAS
Kata Guru semasa mengajar Seni Silat Harimau Lintau[Halintar] di gelanggang :
`Hidup kamu di dunia biarlah berjasa.
sebaik-baik pendekar ialah yang memberi guna kepada semua.
Pepatah Melayu ada mengatakan:
Harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
matilah kamu dengan nama yang baik
janganlah kamu mati dengan nama yang jahat
Kerana nasib diri mu nanti di alam akhirat
sebagaimana sebutan manusia terhadap mu di dunia…………..
jika sebutan keatas kamu baik maka berbahagialah kamu di hadhrat-Nya
Jika sebutan keatas kamu jahat alamat deritalah kamu disana…..Nauzubillahi min zaalik.
SENI SILAT HARIMAU LINTAU [HALINTAU].
Seni Silat Harimau Lintau ada lah salah satu kaedah seni beladiri Melayu yang asli dan unggul.Tidak diketahui siapa asal mula pendekar ciptanya.Seni Silat Harimau Lintau mungkin adalah gabungan dua aliran Silat melayu yang popular di Nusantara iaitu Seni Silat Lintau dan Seni Silat Harimau.
Seni Silat Harimau Lintau mempunyai tiga dasar kedudukan asas belebatnya:
Pertama.Kedudukan menyendeng ia itu kedudukan seturut atas :condong kepala,bahu,tangan hadapan dan kaki hadapannya selaras.[untuk tempur aras tinggi mengikut situasi tempat dan keadaan tertentu]
Kedua.Kedudukan separa rendah berkekuda kaki nya yakni lebih rendah dari kedudukan 1 diatas seperti kedudukan belebat rendah dalam gerakan tumbukkan Lian belebat atau gerakan terlak untuk pematah.[untuk tempur aras sederhana mengikut situasi tempat adan keadaan tertentu]
Ketiga.Kedudukan seperti Gayong Harimau iaitu kedudukan lebih rendah dari titik sasaran serangannya misalnya pada aras kemaluan lawan.Ia itu untuk mengatasi musuh dengan menggunakan kaki.[Digunakan mengikut situasi yang dikira sesuai baginya bagi menentang lawan yang sama berkedudukan rendah atau tinggi dan penyesuaiannya dengan situasi tempat pergaduhan adalah penting].
Pergerakan Seni Harimau lintau pecah empat diajarkan selepas mahir semua gerakan tumbuk dan tendangan 1,2,3 diatas kemudian diajar jurus jurus khas [tumbukan dan tendangan]dan tujuh asas pelajaran pelepas serangan lawan dan tujuh cara atau kaedah makan balik.Dalam mainan Seni Silat Hariamau Lintau terdapat banyak`Ibu` [buah]yang beranak ia itu kaedah pelepas dan makan balik dengan itu lahir Falsafah tekniknya yang di sebut`Selagi mana kaki ku tidak tertambat selagi itu langkahan ku tidak akan mati`
Aplikasi dari falsafah teknik Seni Harimau Lintau ada Tiga:
1.Serangan umpanan
2.Serangan sasaran
3.Pematah bawahan
Gerakan Silat Harimau Lintau[Halintau]sebagaimana namanya gerakannya terlalu pantas,cepat dan drastik.Pendekar Harimau Lintau tidak mestinya menunggu serangan musuh untuk menyerang balas kerana ia mempunyai teknik `Pelias`[Pemakan balik]yang pantas jika serangannya disangga atau ditangkap untuk dikunci.Justeru Pendekar Harimau Lintau boleh sewenang-wenangnya memulakan pergelutan umpamanya memulakan tumbukan umpanan untuk memaksa lawan menyerang balas menggunakan senjata kaki atau tangannya.jika musuh bergerak bertindak balas ertinya umpanan Harimau Lintau telah dimakan maka ketika inilah harimau Lintau menggunakan tumbukkan sasaran sebenarnya.Kedua tumbukkan-tumbukkan dilakukan dengan pantas dan tepat bagaikan halilintar.Atau pun disamping mengenakan teknik kuncian tangkas terhadap lawannya.
Harimau Lintau juga mempunyai teknik serangan dari aras bumi disebut mainan `Baring Harimau`Suatu helah gerak gayoman yang memudahkan sipendekar mengumpan,mengelak dan menyerang dengan menggunakan kaki samaada sapuan rebah,guntingan rebah atau pematahan.Terkadang Hariamau Lintau akan melompat tinggi dan tangkas untuk menangkap dan mengunci lawan tampa melangkah atau berjengket atau gerak melilit.
Teknik asas cara kedudukanyang ketiga Seni Silat Harimau Lintau ialah mengambil ilham daripada bagaimana gerak tempur pahlawan rimba Si Harimau Jati ketika menerkam lawanya dengan berani ,cepat dan pantas dari aras bumi[kedudukan rendah] menerbus ke dalam lengkaran pertahanan mangsa dan terus menyerang menggunakan dua tangan dan kakinya[senjata yang sesuai baginya ialah kerambit atau lawi ayam] merempuh,menggugat menggentarkan serta mengeronyok lawannya ,menangkis ,menangkap,mencengkam,mengunci sebagaimana gaya tempur seekor harimau.Oleh kerana pergerakkanya dengan kedudukan rendah dan dengan kekekuda rendah maka menjadikan langkahannya panjang,oleh kerana itu memerlukan tenaga yang kuat dan ketahanan stamina.Namun jika bertempur dengan lawannya yang berkedudukan aras tinggi, selalunya akan memberi peluang yang lebih baik kepada pendekar Harimau Lintau mencapai sasaran utamanya dari teknik baring harimaunya iaitu pemusnahan sendi buku lali,sendi lutut,kemaluan,ulu hati,rusuk atau mencapai halkom, mematahkan tulang betis atau pun juga tulang peha musuh.Dan tentu bersamanya memerlukan semangat keberanian,kekuatan fizik bersama kemahiran serta kepantasan bagaikan seekor harimau belantara yang ingin menewaskan mangsanya dan mengejutkan lawannya sebagaimana kejutan sekilat detuman guruh halilintar.Teknik tempur Harimau Lintau sejati yang sebenar tidak pernah terpamir dalam gelanggang-gelanggang pertunjukkan [silat pulut]atau pertandingan silat seni atau pun di dalam mana -mana silat olahraga [sukan]kerana tekniknya yang sangat merbahaya itu dan ianya menjadi kesalahan dari teknikal silat olahraga jika digunakan.
Falsafah dan ilmu persilatan Melayu Asli terus berkembang bersama perkembanagan sahsiah seorang pesilatnya baik pun pada emosi pesilat,fikiran,pandangan [world view] pengalaman,keagamaan,dan pergaulan sosialnya dengan dunia kelilingnya.Seorang pelajar Harimau Lintau sebelum layak menjadi pendekar sebenarnya jika tidak ada kepadanya sifat sifat berikut untuk maju terus dalam tuntutan persilatannya:
1.Kemahuan yang kuat dan keberanian.
2.Kejujuran dan kebaktian
3.Kesabaran yang terarah
4.Disiplin diri yang tinggi
5.Pemikiran yang tajam
6.Menyetujui pemuafakatan
7.Mematuhi segala perintah Tuhan.
Akhir sekali diucapakan selamat berlatih kepada seluruh pesilat Harimau Lintau dan juga perguruan-perguruan Silat Lintau juga perguruan Silat Harimau seluruh Negara dan Nusantara.Salam persilatan dan salam persaudaraan kepada anda sekelian daripada perguruan Seni Silat Melayu Asli sejati-Geraksejati Pancar Murni Malaysia.Wassalam.
Sekian.Wabillahi taufiq wal hidaayah.
Majulah Silat Demi kesejahteraan insan.
wallahu`alam.


saya berminat nak blajar silat ni..tapi kat ne ye nak masuk..saya asal besut trg
Salamm..Saudara boleh cari no.tel.hubungan dalam web ini [ http://geraksejati.eramaya.net/ ] Sdra boleh juga hubungi Persatuan Silat Negeri Trg.bertanyakan alamat Pesatuan SS.Gerak Sejati Trg.Pusat perguruan di K.Trg.Oleh kerana sdr.Tinggal jauh di Besut jadi sulitlah sedikit dan makan masa untuk sdr.berulang-alik belajar.Bagaimanapun ada jalan ringkas bagi menguasai SSHL [Halintau]ini.Pringkat satu berlatih 6 bulan.Peringkat dua berlatih 6 bulan.Peringkat tiga berlatih 6. bulan. satu tahun setengah sdr. sudah menguasai dengan baik semuanya InsaAllah.Berlatih 1/2 jam atau 1 jam setiap hari di rumah[ sendiri.Hendaklah berjumpa dan berunding dengan Ustaz Hj.Wan Guru utama Pssgspmm.Jika sdr.berminat akan diberi petua bagaimanakah sdr.dapat mempelajarinya dengan senang dan tak perlu senentiasa berulang alik dari Besut ke K.Trg.Terima kasih.
asskum!!!! saya salah sorang yang pernah mempelajari silat harimau lintau ini,saya mempelajarinya sewaktu duduk di bangku SMA, tapi sekarang saya sudah tidak belajar silat ini lagi dikarenakan saya sudah kuliah dikota. saya berniat ingin mendalami silat ini. bagaimana caranya mendalaminya? apakah saya bisa mendalami sendiri atau harus turun gelanggang?? salam harimau lintau
Wlkmsslm wrt…baguslah tuan ingin mendalami lagi pelajarannya.Jika tuan sudah tamat silibusnya masa di SMA maka tuan hanya perlu berlatih memahirkan gerakan dan kecepatan serta ketahanan tenaga sendirian saja dan tidak mengapa jika tidak menyertai kegelanggang lagi.Namun ada juga kaedah tertentu untuk mendalaminya lagi juga dengan cara persaorangan iaitu melalui perguruan ini.Sila jumpa guru utama SSMAS Pak Guru ustaz Hj.Wan Gelugor untuk rundingan dan tahu tekniknya. Caranya berjumpa beliau ialah sebagaimana cara yang diterangkan kepada sdr Mohd Iskandar on Tariqat as-Sufiah-sila rujukkan.Terima kasih.
Assalamualaikum..sy berada di melaka sekarang.sy seorang pengamal silat cekak. sy berminat untuk menambah ilmu persilatan dgn silat harimau lintau.di mana boleh sy belajar silat harimau lintau ni kalau di melaka daerah ayer keroh?
Walaikumussalam.Saudara,adakah cekak mengizinkan pesilatnya belajar silat jenis lain? Saya di difahamkan seorang yang telah mahir dlm cekak tak perlu lagi belajar silat lain kerana katanya sudah mencukupi.Jika saudara belajar Harimau Lintau rangka gerakan cekak saudara sebelum ini mungkin akan terbuang. Bagaimana? Sebaiknya rujuk dulu kepada guru silat cekak saudara.Di Melaka setahu saya tiada SS Harimau Lintau tapi Silat Harimau mungkin ada begitu juga Silat Lintau juga ada.Cuba tanyakan Persatuan Silat Negeri Melaka mengenai dimana SS Harimau Lintau Jika ada ok?.
Assalamualaikum master, master bleh dok terangkan ape yang di maksudkan dengan khadam ayat seperti khadam al-fatihah,khadam ayat kursi dan sebagainya?
Wkmslam.Sdra hamba Allah yang saya muliakan,maaf kerana kelewatan menjawab pertanyaan sdr.Sekarang saya baru selesai hadir kuliah guru kami > tafsir Al-Quran,Hadis 40.Benteng Ahli haqiqat dan Hikam Melayu Tok Pulau Manis[setiap malam jumaat].Sdr.Setakat yang saya tahu Khadam Ayat ertinya ialah mu`akkal ayat yakni malaikat penjaga ayat ayat suci Al-Quran.Mengikut ulama kerohanian setiap surah ada malaikat khadam penjaganya misalnya surah Yasin dan lain lain.Begitulah juga khadam surah Al-Fatihah pun ada khadamnya setakat yang saya tahu ada 7 malaikat penjaganya ketuanya bernama Malaikat Rafraf ukhaidhir dan khadam ayatul kursi pula ada 9 malaikat penjaganya dan setahu saya ketuanya bernama Malik al-Kandias.Wallahu`alam.
saya duduk di gombak kl tapi nak cari gelanggang lintau di kl ni di mana ya? no tel saya 019-3071952