MUQADDIMAH IKHWAN THORIQAT SYATHARIAH – NUFUSIAH – AHMADIAH
Bismillahirrahmaanirrahim.
Wassolaatuwassalam `ala Syayyidina Muhammadin sayyidul ambiayaa`i walmursalin `wa `alaa alihii wasohbi ajma`in. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selamat sejahtera semua ikhwan dan pembaca laman.
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan andaikata batin anda selalu tergerak untuk beramal ibadah demi cintakan Ilahi. Mudah-mudahan melalui Thariqat Syattariah-Nufusiah sebuah thariqat yang terawal, terulong termudah dan bersih di Nusantara demi menghampiri diri rohaniah kepada Yang Maha Esa akan menambahkan lagi dinamika kerohanian dan ketakwaan anda. Dan demi sebuah kalimat yang termahal nilainya di dunia dan akhirat ini iaitu kalimat ????? ??? ???? tidak akan kita tukar ganti dengan pangkat kebesaran, kekuasaan dunia dari masyriq ke maghrib dan kekayaan sepenuh langit dan bumi sekali pun. Insaallah.
Memang benar kita semua boleh saja mengamalkan kalimat suci ini semaunya dengan mengambilnya dari buku-buku dan kitab-kitab, dari guru-guru dan dari ustaz-ustaz dari Tok Guru-Tok Guru atau dari Mahaguru-Mahaguru atau pun dari para lulusan bertitle Dr.Phd. atau Professor-Professor agamawan yang berada di mana-mana sahaja didapati. Tetapi apabila anda ingin mengamalnya melalui talkin zikir (ijazah pengamalannya) sepertimana yang ditalkinkan zikir oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat beliau dan bagaimana turunnya kaifiat (method) mentalkinkannya dari mulut guru dari generasi ke generasi, anda mestilah mencari seorang Syeikh Mursyid pengijazahnya yang mungkin ada tidak ramai dalam sejuta umat dunia pada hari ini yang mana dunia kerohanian dan kesucian jiwa semakin luntur kerana perebutan kebendaan, kemewahan, kelalaian hiburan (Hidonisme) keegoan dan kefasikan zohir dan batin semakin berleluasaan di mana-mana sahaja. Kami dari pusat Inabah ini hanyalah menasihati dan menyeru dan pemberitahu saja dalam perkara ini. Carilah syeikh mursyid pada sebarang thariqat muktabar yang `Memikul amanah mentalkinkan zikir kalimah mulia ini` sebagaimana kaedahnya talkinnya (methodnya), seperti yang saya bicarakan di atas di kawasan, negeri atau di negara tuan/puan sekalian. Syaratnya mursyid mestilah mendedahkan rantaian bai`ahnya dengan mursyidinnya tali temali hingga kepada Rasulullah s.a.w. supaya anda tidak tertipu dengan guru-guru thariqat palsu atau yang mereka reka sendiri. Anda juga perlu sedar ada tariqat yang dianggap muktabar tetapi ia hanya mentalkin zikir `Ismus-zat` saja tetapi tidak dengan rasmi mentalkinkan zikir kalimah tauhid `Laailaahaillallah` walaupun dalam pelajaran tariqat itu ada mengamalkan zikir kalimah toyyibah tersebut. Dengan keterangan ini mudah-mudahan kita semua dianugerahi taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t. dan terhindar dari sebarang kesesatan jalanan peramalan agama kita Islam. InsaAllah.
Bahawa barangsiapa yang kaya raya harta tidak terpemenai atau sesiapa sahaja yang berkuasa dan perpangkat, bergelaran atau tersohor di keempat penjuru alam pun atau yang hebat ilmu sakti kebatinannya, boleh telan kaca, makan api, tuboh tidak lut ditetak ditikam digergaji atau apa-apa saja lagi dan sesiapa sajalah lagi walaupun orang kebanyakan atau yang miskin maupun tidak ternama jika mempersia-siakan kalimat suci dan agong ini dengan tidak mengamalkannya paling tidak 100 kali pagi dan 100 kali petang hinggalah malaikat Malikil-Maut datang untuk mencabut nyawanya maka menjadilah seseorang itu manusia yang merugi dirinya baik di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti disisi Allah swt. Nauzubillahi minzaalik. (Bacalah hadisth-hadisth Rasulullah s.a.w mengenai maha pentingnya kalimah Thoyyibah ini-cukup banyak). Tetapi alangkah bertuah dan bersyukornya jika semasa hidup di dunia ini seseorang yang tidak kiralah siapapun ianya tetapi tetap mengamalkan zikirillah kalimat agong suci dan mulia itu berkekalan hingga kesaat nyawanya dicabut mudah-mudahan rohnya dijemput dengan kasih sayang dan lemah lembut untuk kembali menemui Tuhan nya Allah s.w.t yang Maha Agong dan Maha Mulia. Sungguh bahagialah ia di dunia ini lebih-lebih lagi hidup abadi di akhirat nanti. InsaAllah kepada kita semua pembaca ruangan ini yang mengambil ingatan dan kepedulian yang wajar terhadap seruan ini akan dimasukkan Allah s.w.t ke dalam gulongan hambanya yang selamat, bahagia di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal`alamin.
PENJELASAN MENGENAI PUSAT INABAH:
Erti `Inabah` ialah berpaling yakni berpaling hati dan jiwa tertumpu kepada keredhaan Allah. Biasanya sebelum berinabah sesaorang yang dirahmati Allah akan diilhamkan Allah melakukan `Tawbah` (taubat terhadap dosa-dosanya yang telah terpalit padanya) Jika seseorang telah maju dalam inabah ia akan menjadi hamba yang `awbah` (kembali semata-mata ikhlas terhadap Allah-manusia yang khalis-suci hati-hamba terpilih).
Inabah dari segi bahasa ialah `RUJUK` iaitu di sini ertinya kembali kepada kebenaran atau kembali kepada `Fitrah Insaniah atau fitrah al munazzalah` yakni kesucian rohani yang asal dalam erti tariqat tasauf. Dengan pengertian yang demikian, maksud `Pusat Inabah` di sini ialah tempat sesiapa orang yang kembali kepada kebenaran pengajaran Ilahi.
Lihat sambungan seterusnya selepas penerangan mengenai kalimah Laailaahaillallah dalam bahasa Enggeris ini.
Interpolation note:
KALMA (Confession of Faith) ????? ??? ????
Rasulullah s.a.w.says.
`Kalma` la ilaha Illallahu` (There is nothing but Allah) is the most holy and weighty utterance so far made by me and other Prophets before me`. -Hadis.
The correct method of uttering Kalma is to do so with its full implications understood.Mere reciting without understanding and believing in the truth is of no substantial use. It is only those Momins (true believers) whose verbal affirmation of kalma is combined with the realisation of true meaning, that will derive the maximum benefit. Hazrath Sheikh Abu Yazid Al-Bustami sought pardon from God (Allah) for merely uttering Kalma without understanding it. He Says:-
???? ????? ?? ?????? ?????? ?? ??? ????? ??? ????
`Men seek pardon for the sins they committed. I seek pardon for pronouncing by tongue alone`La Ilaha Illallah`(there is nothing but God) The verbal utterance and cogitation go hand in hand so much so that their actions do not differ from the word uttered and in the end they convert themselves into the very essence of Kalma.
There are four stages of Kalma-e-Thayyaba and they are Shariath, Thariqah ,Haqiqath and marifuth. Devotion to God is fulfilled by personal cleanliness-Shariath. In thariqah, which is the way of Salik towards God, the devotion to God is through the heart. In Haquiqath(the Reality), the devotion is through the soul. In marifuth (gnosis) the devotion is by obsevation of God. When we pray five times, all the above four stages have to be maintained.
The Kalma `La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah` is called Kalma-e-Thyyabah (The pure Kalma) and it is the most sacred thing in this world and this faith should be adored at all time.The external meaning is simple- `There is no God but Allah and Muhammad is his Prophet`. The inner meaning is vast and Sufis by their constant meditation knew the real meaning of it and attained great heights of purification. Initially they say that the meaning of this is, that we should not follow the dictates of our Nafs (evil desires) as against the commands of Allah. According to this all existing things become non-existent except God. `If a non-believer of seventy years of age declares this Kalma with all sincerity of heart he will become a momin and is sure to enter Heaven`,declared our Holy Prophet. This Kalma indicates Wahdath(Oneness) of God. One day the companions of the Holy Prophet asked him `Which is the best,in our worshipping activities`. His reply was`Marifuthullah`(Gnosis of God) The companions asked the same question again and got the same answer. The companions asked for the third time saying` We are asking only about the activities and not about knowledge`. The Holy Prophet replied,`Action after a thorough understanding alone will produce good result and any action without proper understanding or knowledge will be useless`. The substance of the Holy Prophet`s reply is, that after understanding the inner meaning of Kalma Laailaha Illallah,prayer for a little while will be more useful than prolonged prayers. So it is a false hope and belief that we can attain nearness to God by mere verbal utterance of Kalma without realising its inner meaning and without cleaning aur hearts of all impurities. Wallahu`alam.
In honour of Maal Hijra 1 Muharam 1430.
29.12.2008
Sambungan mengenai Inabah:
Di sini apabila kaki seorang hamba teguh pada maqam `taubat` maka dia akan berpindah setelah itu kepada maqam `Inabah` (kembali) pula.
Ada pun taubat adalah sifat orang mukmin. Allah SWT berfirman:
?????? ??? ???? ????? ??? ?????????
Ertinya; `Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah,hai orang orang yang beriman.` (QS,an-Nur,24:30).
Ada pun Inabah adalah sifat atau ciri orang sufi yang mendekat jiwanya terhadap Allah SWT seperti firman Allah SWT:
??? ????? ??? ????
Ertinya; `Dia adalah sebaik baik hamba.Sesungguhnya dia amat taat(Awwaabun- orang inabah).’ (QS,Shad,38:30).
Dengan penerangan di atas maksud PUSAT INABAH ini ialah tempat bagi sesiapa yang ingin BERINABAH terhadap Allah SWT. daripada `hanyut` dengan kelalaian terhadap ajaran Ilahi dan asyik dengan ulikan nafsu duniawiyah atau pun sesiapa yang ingin bertaubat daripada dosa-dosa dan memalingkan jiwanya terhadap Allah SWT. Insaalaah. Oleh yang demikian pusat inabah ini menawarkan kepada siapa saja saudara daripada umat Islam menjadi ahli jumaahnya secara percuma lillaahi taala sebagai suatu khidmat bakti terhadap agama bangsa dan negara serta dunia amnya demi kesejahteraan hidup dunia dan keselamatan serta kebahagiaan akhirat insaallah. Antara aktiviti rutin pusat inabah ini ialah:
1. Belajar agama fardhu `ain seminggu satu kali (malam jumaat) pimpinan Sheikh Inabah.
a. Tafsir Al Quraanulkarim mengikut aliran sunnah – Rujukan: TafsirIbnu Katsier, Tafsir Jalalain Imam Jalalud-din Al-Mahalliy dan imam As-Suyuthi dan lain-lain.
b. Bacaan dan penghuraian hadits hadits Rasulullah saw. dan pengajian ilmu fekah 4 mazhab. Lebih dititikberatkan kepada aliran mazhab imam as Syafai`e. ra.
Rujukan:
Bidayatul Mujtahid- Ibnu Rusyd Kifayatul akhyar- Imam Taqiyuddin Abu bakar Furu` al-Masa`il – Syeikh Daud Al Fatani. Al-Fiqh al islami wa-adillatuhu- Dr.Wahbah al-Zuhaili.c. Mempelajari dan mengamalkan ilmu dan amalan tarikat tasawwuf (pembersihan jiwa) aliran sunnah waljamaah. tariqat syattariah-nufusiah-Ahmadiah .
Antara aliran rujukan: Abd Karim Ibn Hawazin Al- Qusyairiah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Imam Jamaluddin Ibnul-Jauzi (Ibnu Qudamah). Al-Samarqandiy dan Lain-Lain Sumber guru (bersanad).
d. Memahami ilmu hakikat (tauhid dan makrifat) Aliran as-sunnah wal jamaah .
Antara aliran rujukan ilmu:
Syeikh Al-Imam Abul Hasan Ali Al-Asy`ari [??? ??? ?????????? ??????? ???????] . Syeikh Junaid al Baghdaadi. Syeikh Abu Yazid al Bustami. Syeikh Syihabuddin Umar ibni Muhammad Suhrawardi (1145-1234 M) Imam ibni Athaillah al -Iskandari (Hikam). Jauharatut-tauhid (permata ilmu tauhid) Syekh Ibrahim Al-Laqqoni. Dll.
2. Ratib Inabah dan berizikir secara berjemaah dan bersolawat serta marhaban. Seminggu satu kali bersama syeikh Inabah di samping mengukuhkan rasa ukhwah persaudaraan Islam dalam satu jemaah organisasi yang berdaftar (i.e.pertubuhan yang sah – Pusat Inabah Fikrah Darul Iman adalah cawangan ukhwah tersendiri dalam persatuan seni silat gerak sejati pancar murni Malaysia - dan mempunyai ahli jawatan kuasa khasnya yang asing dari AJK Pssgspmm).
3. Membai`ah zikir tariqat syattariah-nufusiah dan ahmadiah kepada sesiapa yang ingin berinabah oleh syeikh inabah. (percuma – tiada bayaran mahar).
4. Berjemaah melakukan apa apa kebajikan untuk orang perseorangan, masyarakat dan negara melalui kaedah tertentu atau program tertentu.
5. Dakwah Islamiah kepada masyarakat samada dengan lisan dan tulisan oleh pihak inabah.
MAKLUMAT:
Bagi sesiapa yang ingin menjadi ahli inabah ini atau yang ingin menerima dan beramal (menerima bai`ah talkin zikir kalimat Thoyyibah tersebut) melalui thariqat Syattariyyah-Nufusiah dan Ahmadiah ini bolehlah berhubungan melalui talian-talian berikut di bawah ini iaitu S/U PIFKI atau juga melalui para ikhwan wakil mursyidnya iaitu para khalifah thoriqat ini serta mematuhi peraturan peraturan yang berikutnya ini:
1. Hendaklah mendaftar diri melalui S/U PIFKI kami iaitu saudara Muhammad Hasnizam(POK) talian 0139713738 dengan bayaran pendaftaran persatuan Ikhwan RM25.00 di bawah pertubuhan sah PSSGSTM.
2. Mendapatkan kitab ratib dan Zikirullah bersama dua buah risalah penerangan mengenai tatatertib dan asas tindakan sebagai ikhwan serta sebuah risalah sejarah perkembangan thoriqat Syathoriah dan pemikiran dakwah Islamiah para syeikhnya tali temali. Harga Risalah 1,2,3 tersebut RM50.00(bukan paksaan).
3. Hendaklah dihafazkan semua wirid dan zikir (Paling tidak kaifiat zikir asas Thoriqat ini saja terlebih dahulu) di hadapan khalifah-khalifah kami dan untuk dibimbing ajar dengan betul. Setelah itu barulah menghadap Syeikhul-Thoriqat untuk dibai`ah dengan talkin zikir mengikut cara turun temurun dari Rasulullah s.a.w. yang mentalkinkan zikir kalimat `Laailaahaillallah` kepada para sahabat Baginda dan seterusnya kalimat-kalimat pengijazahan berkaitan hingga kepada doanya.
4. Bagi ikhwan yang berhampiran dengan pusat Inabah datanglah ke majlis zikirullah dan ta`alim (majlis ilmuan guru) 1 minggu sekali untuk mendapat bimbingan keilmuan berkaitan keagamaan serta kerohanian. Bagi yang tinggal jauh dari Pusat Inabah datanglah 1 bulan sekali atau 3 bulan sekali dan paling dhoif seharusnya 1 tahun sekali atau 3 tahun 1 kali. Kalau tidak datanglah berjumpa para Khalifah yang terdekat dengan anda mengikut caranya sedemikian juga atau berhubung dengan talian-talian tersebut. Kalau tidak boleh juga terserahlah kepada rahmat kasih sayang Ilahi. Wallahu`alam.
5. Berikhlas hati beramal kerana Allah (mahukan keredhoannya) dan berikhlas hati kepada guru-Syeikh sebagai pembimbing kerohanian. Sepatutnya tahu adab murid dalam berthoriqat supaya cepat kenaikan maqam kerohanian-boleh dibaca dari buku-buku atau kitab-kitab ugama.
6. Hendaklah pandai menserasikan diri dengan para ikhwan yang lain jika datang ke pusat Inabah ini supaya tidak berlaku pertembungan arus kerohanian antara yang baru dengan yang senior-supaya wujud medan tenaga rohani yang bersamaan dan seia-sekata `Orang mukmin itu bersaudara`.
7. Mengambil perhatian berat apa yang disampaikan guru dalam majlis ta`lim nya dan juga segala tunjuk ajar dan nasihat mursyid dengan jalan mengingatinya dan melaksanakannya sedaya upaya supaya mendapat redho Allah dan diberiNya pertunjuk serta terbuka hijab kegelapan kepada Nur iman dan yakin yang hakiki.
Buat masa ini Khalifah Syathoriah Pusat Inabah kami yang boleh saudara hubongi untuk tujuan ke arah menerima talkin zikir dari guru ialah:
1. Saudara Muhammad Hasnizam (Pok) K.Trg. Talian: 0139713738.2. Ustaz Mohd Razlan Taib, Kuantan, Pahang. Talian: 0199363548.
3. Major (B) Hj. Muhammad, Shah Alam, Selangor. Talian: 0193181234.
4. Sayyed Ahmad Sayyed Din (Mat Habib), Marang, Trg. Talian: 0199839380.
Jika saudara berbakat dan layak dan cukup syarat serta ilmunya dengan pencapaian kerohanian yang mencukupi pada pertimbangan Syeikh dan dengan sepakat Ahli JawatanKuasa Tertinggi Pusat Inabah ini anda mungkin dilantik sebagai khalifah di tempat anda untuk berbakti di jalan Allah menyebarluaskan kalimat paling mulia dan agong dan pusaka bersama ini. InsaAllah. Tapi tiada imbuhan wang ringgit harta benda, pangkat kebesaran dunia yang didambakan dalam kerja bakti ini hanya berkhimat kerana Allah demi Allah dan untuk kesejahteraan insan sejagat. Kalau tidak begitu anda awal-awal lagi bukanlah calunnya sebagai khalifah thariqat ini.
Sebarang kesulitan menghubongi mereka para khalifah (wakil guru) tertera di atas terlebih dahulu dipohon maaf lantaran kesibukan urusan masing-masing tetapi mereka sedaya upaya akan melayani Tuan/puan yang dirasakan sunggoh ikhlas kerana bakti mereka di jalan Allah. Laahaulawala Quwwatailla billahil `aliyyil`adzim. Wabillahi taufiq walhidaayah. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih.
Wassalaam.
Al-Fakir Ila Rahmatillah.
