THARIQAT AMFASIAH-NUPUSIAH : SUATU PENGENALAN RINGKAS.
(KOMPENAN THARIQAT SYATTARIAH)
??? ???? ?????? ??????
Alhamdullillahi ladhzii sharaha suduural-`aarifin bi mafaatihi wujuudihi wa zayyana quluubahum bi asraarihi wa nawwara arwaahahum bi ma`aarifi syuhudihi wa zahhara nufuusahum binuuri `isqihi afdhalul salaat wa akmalul-tahyaat`ala sayyidina Muhammad saahibil hawdil maurud wal maqaamil muhammadil mahmud wa`ala aalihi wa sahbihi ajmain walhamdullillahi Rabbil`alamin.
THORIQAT AMFASIAH-NUPUSIAH adalah sebuah thariqat yang muktabar berkembang di Asia Tenggara dan dunia seiring dengan perkembangan Thariqat Syathariah yang pelupur utamanya (iaitu menzohirkan secara terbuka) ialah as-syeikh Abdullah as-Syattar yang bertali rohaniah thoriqatnya kepada wali Agong Syeikh Abu Yazid al-Bustami yang tradisi salsilahnya pula hingga kepada Imam Jaafar al-Shadiq yang akhirnya rantaian itu sampai kepada Nabi Yang Mulia sayyidina Muhammad s.a.w. Wallahu`alam.
Thariqat Amfasiah-Nupusiah tidak diijazahkan kepada murid melainkan kepada yang telah beramal terlebih dahulu dengan thariqat Syathariah dengan zikir kalimah ????? ??? ???? dan zikir lathoif tujuh dengan isim ismu zat ???? . Apabila murid telah serasi dan masak dengan zikir tersebut berserta dengan ikhlasnya beramal dan setia mendampingkan diri kepada syeikhnya dan apabila diilhamkan layak bagi muridnya menerima talkin zikir thariqat Amfasiah-nupusiah maka akan diajarkan zikir thoriqat tersebut oleh syeikh kepada sang murid. Zikir thariqat amfasiah-nupusiah ialah satu method (kaifiat) zikir yang tercepat mencapai zauk cinta ilahi (binuri `isqihi) dan mencapai puncak maarifat (wa nawwara arwaahahum bi maarifi shuhuudihi) serta mencapai maqam nafsu muthamainnah iaitu maqam nafsu terpuji baik (maqaamil-muhammadil-mahmud), InsaAllah.
Zikir Thariqat Amfasiah-Nupusiah adalah peramalan zikir Sir yang melantunkan rohaniah sang salik terhadap Lathoiful al Ghoibiah (????? ????????) iaitu suatu method zikirillah yang bertujuan menghubongkan rohaniahnya dengan Rohul`Adzim Kholiqul alam ( ??? ?????? ???? ??????) Zikirillah thoriqat ini nilainya ibarat sebutir mutiara indah di dalam sebiji tiram susah dicari payah didapat kecuali dengan kehendak dan izin Allah. Di samping usaha yang gigih dan kehendak yang bersungguh-sungguh berserta keikhlasan hati untuk beramal. Ia mempunyai berapa kaifiat zikir yang di atur untuk peningkatan kerohanian murid bermula dari zikir tingkat cinta (ishq) hingga kepada maarifat dan fanafillah dan Baqabillah. Hasil peramalannya juga akan memenuhi jiwa (rohaniah) yang kosong kepada yang lebih bermakna dalam hidup seorang mukmin iaitu cinta Ilahi dan maarifatullah.
Peramalannya juga insaAllah akan membimbing para Salik mencapai martabat `Ihsan` yang dituntut dalam beragama dan senantiasa dalam keadaan `solatu-Daim’ Seperti Firman Allah Taala;
????? ?? ??? ?????? ??????
Ertinya : Yang mereka itu sembahyangnya berkekalan. (surah al-Ma`arij,ayat 23)
Adapun asas kepada peramalan method (kaifiat) thariqat Amfasiah-Nupusiah adalah mengikut arahan wahyu Ilahi dan juga hadis-hadis Rasulullah (hadis qudsi). Antara contoh dalil arahan itu ialah:
1. ????? ??? ?? ???? ????? ????
Ertinya: Ingatlah (zikir) akan tuhanmu di dalam dirimu (jiwa atau nyawamu: nafas, amfas, tanafas, nupus) dengan merendah diri dan dengan suara jiwa (sir-khofi-????)… (al-Quran 204 s.7.al-`araf)
2. ??? ??? ?? ??? ?????? ???? ??? ?????? ??? ?? ????
Ertinya: Barangsiapa berpaling (lalai atau derhaka) dari mengingati akan Rahman, kami akan turunkan kepadanya syaithan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya… (Q.A.36 s.43 .Az-Zukhruf)
3. ????? ?????? ?????? ???? ????? ?????? ?????????? ?????
Ertinya: Apabila kamu telah selesai sembahyang (solat) maka ingatlah (zikir-ingat dalam jiwa atau dengan lisan atau dengan kedua-dua cara itu) kepada Allah baik waktu kamu berdiri atau waktu kamu duduk dan waktu kamu baring (yakni solatu-Daim-ingatan yang berkekalan dalam apa masa pun dan situasi pun).
Dalam sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. ada dikatakan: Sungguhpun Rasulullah s.a.w. tidur tetapi batin atau Jiwa rohaniah baginda tidak tidur (dalam sedar-jaga).
4. Dan satu dalil di petik dari hadis Qudsi yang popular kepada ahlillah iaitu:
??? ??? ?? ???? ???? ??? ??? ?????? ?? ????? ?? ???? ????? ?? ????
dan seterusnya hadisth itu.
Ertinya: Aku berada pada sangkaan hambaKu terhadapku dan Aku berserta hambaKu itu ketika dia ingat kepadaKu. Maka jika dia ingat kepadaku dalam dirinya (Jiwanya atau Nyawanya: nafas, amfas, tanafas, nupus) nescaya Aku ingat kepadanya dalam diriKu (ZatKu) … Hadiths riwayat Abu Hurairah yang cukup mashur.
Ada pun kesemua wahyu dan hadiths Qudsi tersebut adalah sebahagian daripada hujah dan dalil Qat`ie terhadap pengamalan thariqat ini. Maka zikirillah di dalam jiwa atau lisan itu adalah suatu perintah Ilahi yang wajib dipatuhi. Oleh yang demikian salah satu thariq (jalan) memenuhi perintah Yang Maha Mulia Allah s.w.t itu ialah pengamalan kaifiat Thoriqat Amfasiah-Nupusiah. Justeru yang demikian itu para `Arifinbillah` berdalilkan perintah-perintah wahyu tersebut ada yang mengatakan `Sesiapa yang saat keluar masuk nafasnya yakni yang hidup atau selagi bernyawa atas bumi Allah ini dan memakan rezeki kurniaNya tetapi lalai daripada zikirillah (ingat dalam jiwanya kepada Tuhannya) maka ia adalah terlebih hina darjatnya daripada binatang anjing dan babi`. Wallahu`alam.
Ayuh tuan/puan sedarilah kita bahawa amalan thariqat (jalan kembali jiwa kepada Allah) sebenarnya ialah mengikut jejak Rasulullah s.a.w. sama ada pada kehidupan rohaniahnya dan sunnahnya. Kalau ada niat yang lain daripada itu kami kira adalah menyeleweng dari jalan siraathal mustaqim yang haq. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalam.
Lihat juga artikel berkaitan `Zikir Lathaif al-Ghaibiyyah` di laman web kami ini.
Al-Fakir Ila Rahmatillah.
INTERPOLATION NOTE:
THE HUMAN BREATH
(Nafas, amfas ,tanafas, Nupus)
According to the Holy Quran, God (Allah s.w.t) commanded creation by simply saying `Be` —and– `it was` it came into being at once. Such is the creative force of the Divine will. Word and breath-for all creation is Divine Energy and the Breath of life: Nafas, amfas, tanafas, nupus.
Islam attaches great inportance to breathing-not only because it is a life-sustaining act but also because it is sustained creative activity. Breathing is, undoubtedly, sound relaxing exercise and a suitable prelude to meditation and prayer, especially if God`s name is breathed in and out wordlessly. But it is much more, beside. The soothing saliva and the warmth and coolness of the human breath are said to have their own spiritual (electro-magnetic) healing power. In breathing, one does not simply inhale pure air and exhale impure air. One also inhales Divine energy, permeating and sustaining the natural atmosphere, and exhales all belief that all living things that breath, actually hymn the the praise of God in breathing. THE TRUE MUSLIM`S HEART-BEAT AND BREATHING HOULD ALSO BE AN ABIDING PRAYER TO GOD. Therefore, if he silently recites the name of ???? with each breath, he will be purged of all disease and suffering. InsaAllah. But for his, he must always try to remain in the physically or bodily purified state of `Wuzu` (abolution), apart from being properly spiritualized and not just relaxed for meditation. so that death may not take him unawares. Wabillahi taufiq wal hidaayah. Wallahu`alam.
In honour of Ma`al hijra 1 muharam 1430
29 descember 2008.
